assalamualaikum..
alhamdulillah sudah hampir 70% Ramadan berlalu..
kini hari yg ke 19 kita semua berpuasa..
sudah berapa kali kita tinggal solat terawih? (dengan sengaja)
sudah brape kali kita tidak berpuasa? (dengan sengaja)
dan berapa bnyk dosa yg telah kita lakukan sepanjang bulan yg mulia ini?
astaghafirullahalazim.. renung2 kan lah kita bersama. . . . . .
..............................................................................................................
xsampai sehari je lagi masuklah Ramadan yang ke 10 terakhir.. :)
yeayy....nak rayeeeeeee!!!
nak raye je,, aku yg berumur 19thn akan transforming myself to be obviously just like 10 years old cute girls..wkakakaka..
aku sukeee untuk main mercun bersama adik2 ku...
beli bju rayee,, pilih biskut rayee..wee~~
XSABAR!
Ok2, tp bukan pasal raye aku nak cte (walaupon mood rye dah terjah aku stat aku dgr org men mercun haritu).. -_-
my intent to write this entry actually about the blessing of 10days last Ramadan..
Antara kelebihan malam 10 terakhir Ramadan adalah;
1. Nabi Muhammad saw memperbanyakkan ibadat pada
malam 10 terakhir Ramadan melebihi malam sebelumnya. Saidatina Aisyah
berkata maksudnya; “Rasulullah apabila masuk malam 10 terakhir Ramadan,
Baginda menghidupkan malam (dengan ibadat), mengejutkan keluarganya
(bangun beribadat), bersungguh-sungguh (dalam beribadat) dan uzlah
(mengasingkan diri) daripada isteri-isterinya.” (Hadis riwayat Bukhari
dan Muslim)
2. Pada malam 10 terakhir ada satu
malam yang dinamakan Lailatul Qadar (malam yang mempunyai berkat dan
keistimewaan yang banyak). Pada malam inilah diturunkan al-Quran seperti
firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya Kami menurunkannya (al-Quran)
pada Lailatul Qadar” (Surah al-Qadar, ayat 1). Ibn Abbas berkata :
“Allah menurunkan al-Quran sekali gus dari Al-Luh Al-Mahfur ke Bait
al-E'zzah yang terletak di langit dunia. Kemudian ia diturunkan secara
berperingkat-peringkat kepada Rasulullah selama 23 tahun.
3.
Lailatul Qadar disifatkan lebih baik daripada 1,000 bulan. Perkara ini
seperti firman Allah bermaksud : “Lailatul Qadar lebih baik daripada
seribu bulan.” (Surah al-Qadar, ayat 3)
4. Malam
ini juga disifatkan sebagai malam berkat, firman Allah bermaksud:
“Sesungguhnya Kami turunkannya (al-Quran) pada malam yang diberkati.”
(Surah al-Dukhan, ayat 3)
5. Pada malam ini juga turunnya malaikat. Malaikat turun bersama-sama berkat dan rahmat Allah yang dikhaskan untuk malam ini.
6.
Ditetapkan umur, rezeki dan ajal manusia. Firman Allah bermaksud :
“Pada malam itu (Lailatul Qadar) dijelaskan segala urusan yang penuh
hikmah.” (Surah al-Dukhan, ayat 4). Maksud ‘urusan yang penuh hikmah’
adalah pada malam itu Allah menentukan umur, rezeki dan ajal manusia.
7.
Allah mengampunkan hamba-Nya yang menghidupkan malam itu dengan penuh
rasa keimanan dan pengharapan.Bilakah Lailatul Qadar? Nabi Muhammad
bersabda bermaksud: “Carilah Lailatul Qadar pada malam 10 terakhir
Ramadan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Rasulullah bersabda lagi
bermaksud: “Carilah Lailatul Qadar pada malam ganjil pada 10 malam
terakhir.” (Hadis riwayat Bukhari).
AMALAN PADA MALAM LAILATUL QADAR
Amalan-amalan yang diamalkan pada malamnya. Mulai jam 12.00 tengah malam:
- Sembahyang sunat wudhuk
- Sembahyang sunat hajat berdoa minta dipertemukan Allah dengan malam Lailatul Qadar
- Membaca al-Quran
- Istighfar
- Zikrullah
- Bertasbih
- Selawat
- Sembahyang sunat tahajjud
- Sembahyang sunat tasbih.
Orang
yang bertemu dengan Lailatul Qadar akan terus dingin badannya kerana
dihampiri oleh para malaikat (sebentar sahaja). Dari Aisyah r.a bahawa
dia mengatakan, aku bertanya: "Ya Rasulullah, kalau aku bertepatan
dengan malam Qadar, maka apakah yang patut aku baca? Jawab Rasulullah
s.a.w.: Ucapkanlah: "Ya Allah, sesungguhnya Engkau adalah Tuhan Yang
Maha Pemaaf lagi Pemurah, yang suka memberi kemaafan, maka maafkanlah
aku."
sama2 lah kita semua mengGRAB keberkatan di 10 mlm terakhir ramadan ini..
lets do it bebeh!
(n_n)V
No comments:
Post a Comment