Monday, August 27, 2012

TANGISAN KETIKA SENDIRIAN....

assalamualaikum~

sekadar berkongsi..



''ya Allah, jadikanlah sebaik-baik umurku pada penghujungnya,
 sebaik-baik amalanku pada penamatnya, dan sebaik-baik hariku adalah hari ketika bertemu dengan MU''


Tangisan seorang mukmin sejati lahir dari rasa TAKUT kepada:



  • Kematian sebelum bertaubat.
  • Istidraj ( pemberian tanpa redha ) dengan pelbagai nikmat yang menyebabkan suul khatimah (mati tidak dalam iman yang benar kepada Allah)
  • Sakaratulmaut
  • Pertanyaan dua malaikat dan siksa kubur.
  • Hari Hisab dan saat menyeberangi titian sirat.
  • Neraka dan pelbagai siksaannya.
  • Perasaan sedih yang tersangat yang akan menjadikan hati menjadi KUAT dan selalu berusaha keras untuk melaksanakan semua perintah Allah dan menjauhi semua laranganNYa.

    DIALOG YANG SUCI DAN INDAH
    Dialog dengan Allah menerusi pelbagai amalan, terutamanya qiamulail,
    zikir, doa,munajat, istighfar di keheningan malam.

    Dialog para nabi dan Rasul kepada Khaliq Pencipta.

    Dialog para wali, salafussoleh dan seterusnya ulama'-ulama' soleh di
    zaman lampau.

    Mereka adalah hamba-hamba Allah yang menjadikan KOMUNIKASI dan
    DIALOG rohani dengan Allah sebagai AKTIVITI HARIAN.

    Justeru untuk mencapai ketenangan jiwa dan hati, wajarlah dialog-dialog
    suci dan indah ini sentiasa menjadi piroriti kita sebagai hambaNya dan
    mencontohi jejak-jejak insan terpilih zaman lampau.



    #buat diriku~


    thx 4 reading <3

No comments:

Post a Comment