Wednesday, March 25, 2015

Wake up call

Assalamualaikum.. Bismillah ir-Rahman ir-Rahim In the name of Allah, most Gracious, most Compassionate


Perjalanan manusia bernama khalifah sangat panjang,ditambah cabarannya dengan godaan yang datang seperti angin lalu, datangnya sementara begitu juga nikmatnya namun kesannya berpanjangan. 

Manusia sering merasa hairan mengapa diri mereka ditimpa musibah,bala dan kecelakaan. Itu membuat kan mereka mula berfikir kebelakang tentang wujudnya Tuhan,kuasa yang lebih besar dari dunia yang mereka sanjung selama ini. 

Manusia sering meminta simpati apabila didatangi musibah tetapi mengendahkan mereka yang memerlukan apabila diri dilimpahi kesenangan. Lumrah manusia,hanya sedar apabila sudah terjatuh dan alpa apabila tiada ujian. 

Menikmati kesenangan bukan kesalagan namun yang membezakannya adalah tahap kesyukuran yang dilakukan adakah setimpal dengan nikmat pemberian Tuhan kepada kita. 

Langit tidak selalunya cerah begitu juga diri kita yang kesalnya hanya sementara,hanya apabila merasa kerdil dengan musibah yang menimpa dan kembali bongkak apabila tiada lagi kesusahan. 

Datangnya ujian seperti jam loceng yang membangunkan kita dari tidur yang lena. Malangnya tidak semua sedar dari dodoian dunia dan tidur yang panjang. 

Thursday, March 19, 2015

Geraham Bongsu

Assalamualaikum.. Bismillah ir-Rahman ir-Rahim In the name of Allah, most Gracious, most Compassionate

Hye blog,

Tahu x mcm mne siksanya gigi geraham bongsu nak tumbuh? Ye,sakit ya amat tuhan je yang tahu.
Aku xtahu pon ade geraham bongsu yang akan tumbuh membuat kita rasa macam kifarah kepada dosa lampau kita.
Makan sakit,gosok gigi sakit. Gusi macam kene toreh.
Masalah paling besar adalah benda ni ganggu emosi. Mula la rase semua benda x btol. Orang semua salah sampai diri sendiri pon salah. Kalau itu terjadi maknanya tahap dah kritikal. Apa perlu buat? Tidur, tapi tidur dah terlalu banyak. Study, assignment pun boleh tapi aku pilih baring pusing kanan pusing kiri sambil peluk selimut, bantal kat kaki,kepala beralas teddy bear. Begitu sekali, kedudukan pekakas tidur tidak pada tempatnya.
Mungkin hikmah untuk orang yang xreti berhenti bercakap macam aku barangkali. ya Allah ampunkan dosa hambaMu.
Maaf orang sekeliling sebab aku maki kalian dalam minda. 

Semoga cepat berakhir. Amin.


Sunday, March 15, 2015

Negative Minded

Assalamualaikum.. Bismillah ir-Rahman ir-Rahim In the name of Allah, most Gracious, most Compassionate

Hai blog, lama x update. Sekarang dah masuk semester dua degree kat uitm dungun ni. Semester satu sangat seronok tapi terlalu banyak nk cerita sampai x cerita satu pun.haha

Kebanyakan orang kata aku ni negative minded. Ya minda aku negatif, aku selalu fikir bad side of something. Aku sebenarnya berharap yang sebaliknya, for me bila aku fikir xbaik sesuatu perkara dan ia jadi yang baik.aku akan rasa lega sangat. Tapi bila aku fikir semua benda adalah positif, hanya yang baik akan berlaku..bila ia menjadi sebaliknya, aku akan kecewa. 

Maybe this is how I handle my emotion..my mind.. i set it with something bad, then i'm hoping it will be good. I'd tried to be more positive as i can. Aku selalu cuba, tapi aku selalu gagal.
Bila aku gagal aku cuba lagi. Betul.