assalamualaikum..
"ya Allah, tenangkanlah jiwa ku agar aku dapat menerima pelajaran dan mengamalkannya"
doa yg slalu aku baca bila belajar..
sekadar berkongsi ilmu yg ada...
selalu kita buat, selalu kita bc.. ye..
solat..dan bacaan2 di dalamnya..
pernahkah kita tahu betapa pentingnya setiap ape yg kita bc dalam solat tu?
setiap bacaan melimpahkan berjuta erti buat kita jika memahaminya dgn hati..
jgnlah membuat sesuatu jika pengakhirannya adalah KOSONG~ KOSONG~
[haha,,ternyanyi lgu najwa latif pulak]
marilah kita sama2 usha...
Doa Iftitah
doa yg slalu aku baca bila belajar..
sekadar berkongsi ilmu yg ada...
selalu kita buat, selalu kita bc.. ye..
solat..dan bacaan2 di dalamnya..
pernahkah kita tahu betapa pentingnya setiap ape yg kita bc dalam solat tu?
setiap bacaan melimpahkan berjuta erti buat kita jika memahaminya dgn hati..
jgnlah membuat sesuatu jika pengakhirannya adalah KOSONG~ KOSONG~
[haha,,ternyanyi lgu najwa latif pulak]
marilah kita sama2 usha...
Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku
hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan
suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang
musyrik.
Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah untuk Allah Tuhan sekalian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.
Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.
Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkau yang kami sembah dan hanya Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu
jalan orang-orang yang engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan
jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.
Bacaan ketika rukuk
Maha suci Tuhanku yang maha mulia dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.
Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.
Bacaan ketika sujud
Maha suci Tuhanku yang Maha Tinggi dan segala puji-pujiannya.
Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya
Allah, ampunilah aku, rahmatilah aku, kayakan aku, angkatlah darjatku,
rezekikan aku, berilah aku hidayah, sihatkanlah aku dan maafkanlah aku.
Bacaan ketika tahiyat awal
Segala ucapan penghormatan,segala kurnia, segala ucapan pengagungan dan pujian hanyalah milik Allah.
Semua perlindungan dan pemeliharaan untukmu, wahai Nabi, begitu pula rahmat Allah dan segenap kurniaNya.
Semua perlindungan dan pemeliharaan semoga diberikan kepada kami dan hamba-hamba Allah yang soleh.
Semua perlindungan dan pemeliharaan semoga diberikan kepada kami dan hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Allah, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.
Tambahan untuk tahiyat akhir
Ya Allah, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Nabi Ibrahim dan keluarganya.
Berkatilah ke atas Nabi Muhammad dan keluarganya.
Sebagaimana Engkau berkati ke atas Nabi Ibrahim dan keluarganya di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.
Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahteralah aku sebagaimana orang-orang yang Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang Engkau pimpin.
Berkatilah untukku apa-apa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku dari segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya
hanya Engkau sahajalah yang menetapkan dan tidak sesiapa pun yang
berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan taubat pada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera ke atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.
"semua penulis akan mati, hanya karyanya akan terus abadi,
maka tulislah sesuatu yang menggembirakan kamu di akhirat"
(saidina Ali bin abi talib)
No comments:
Post a Comment